Faedah

Faedah-faedah dan Kelebihan Penggunaan
Peta Visual dalam Pembelajaran

  1. Penggunaan ilustrasi, akronim, akrostik serta persembahan dalam bentuk yang menarik dan berwama-warni memudahkan kefahaman pelajar serta dapat merangsang minda pelajar.
  2. Menyalurkan idea dengan lebih terang dan tersusun.
  3. Mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat (visible form). Justeru, ia dapat membantu mengukuhkan ingatan pelajar untuk menghafal fakta-fakta penting dalam pelajaran dengan lebih mudah dan efektif.
  4. Banyak maklumat diperoleh dalam hanya satu muka surat.
  5. Memudahkan catatan nota, membantu menjimatkan masa pelajar membuat nota.
  6. Merangsang keupayaan pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
  7. Menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Oleh itu, peta visual berupaya meningkatkan minat ketika belajar.
  8. Memotivasikan dan mengilhamkan pelajar untuk belajar.
  9. Meningkatkan pemahaman dan pengekalan pengetahuan.
  10. Nota dapat dibina berdasarkan kreativiti dan kefahaman pelajar. Justeru, ia merangsang minda pelajar untuk mengingat atau menyimpan maklumat dalam tempoh masa yang lebih panjang.
  11. Sebagai persediaan untuk peperiksaan.

Membantu pelajar memperoleh markah lebih baik dalam ujian atau peperiksaan.