Pengenalan

PENGENALAN KEPADA PETA VISUAL
 

Peta visual merupakan satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan, yang mana ia melibatkan pemikiran secara kreatif dan kritis. Para pelajar juga dapat merangsang minda mereka secara mendalam dengan penggunaan peta visual ini. Melalui penggunaan peta visual para pelajar dapat membayangkan dan menggambarkan fakta serta isi pada fikiran dan seterusnya dapat memahami dengan cara yang lebih mudah. Cara persembahan peta visual yang melibatkan penggunaan warna-warni serta ilustrasi yang menarik menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Cara penghafalan yang lebih efektif juga dapat diaplikasikan dalam penggunaan peta visual ini bilamana para pelajar dapat menggunakan teknik Kod Nemonik iaitu melalui penggunaan akronim dan akrostik. Penggunaan aspek warna, seni dan imaginasi dalam peta visual akan merangsang penggunaan otak kanan para pelajar, yang mana proses pembelajaran para pelajar hari ini lebih tertumpu kepada penggunaan otak kiri yang memproses Sains, Matematik, bahasa dan fakta. Kerjasama antara otak kiri dan otak kanan ini akan menghasilkan daya ingatan yang lebih kuat. Teknik peta visual beroperasi mengikut peredaran fesyen atau persekitaran pembelajaran iaitu berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Oleh itu memori yang terhasil dapat kekal lama di dalam minda. Teknik ini bolehlah diklasifikasikan sebagai satu cara Kepintaran Visual – Spatial yang mana teknik kepintaran ini menggabungkan deria penglihatan dengan persekitaran untuk mempertingkatkan daya memori para pelajar.
 

Terdapat enam prinsip asas dalam peta visual.